Spurs menikmati salah satu permulaan musim terbaik mereka dan terbaru mereka berjaya tamatkan rekod tanpa kalah Liverpool.

Liverpool memiliki rekod tanpa kalah sebanyak 19 perlawanan dalam EPL sejak 1 April 2023.

Liverpool sebenarnya terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Luis Diaz. Namun dibatalkan kerana ofsaid. Dan ianya menimbulkan perdebatan sama ada ianya benar benar ofsaid atau tidak?

Tidak lama kemudian Son Heung Min meletakkan Spurs di hadapan menerusi gol cantik selepas menyambar hantaran rendah Richarlison.

Son Heung Min benar benar membuatkan Spurs tidak terasa kehilangan Harry Kane setakat ini. Dia terus menunjukkan prestasi cemerlangnya musim ini di bawah kendalian Ange Postecoglou.

Kemudian Liverpool menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Cody Gakpo yang melakukan putaran badan dan merembat deras. Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Alisson antara watak penting Liverpool dalam usaha mengekang asakan Spurs yang benar benar memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang mereka ada.

Malang berganda menimpa Liverpool, kerana pertengahan babak kedua, Diogo Jota pula dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Kemudian skuad Jurgen Klopp kelihatan cuba membawa pulang 1 mata dari Spurs. Tetapi kesilapan Joel Matip pula membolehkan Spurs mencatatkan kemenangan menerusi gol masa kecederaan.

Ini apabila Matip tertampan bola ke gawang sendiri. Spurs meneruskan rekod tanpa kalah musim ini. Sementara Liverpool menelan kekalahan pertama mereka.

Saksikan rangkuman perlawanan yang penuh drama di sini:

Dalam satu lagi aksi melibatkan big six, Man United tewas tipis 0-1 kepada Crystal Palace. Sekaligus memberikan tekanan kepada Erik Ten Hag yang sudah merasakan 4 kekalahan dalam 7 perlawanan pertama musim ini.

Keputusan lain, Arsenal berjaya menang ke atas Bournemouth 4-0 di tempat lawan. Sementara Man City dikejutkan Wolves 2-1.